Hubungi Kami 019.4029490

03 Julai 2009

CABARAN KEPADA KESIHATAN HARI INI

Salam untuk semua....

Penyakit yang paling berbahaya sekarang bukan penyakit yang berpunca daripada kuman atau pun virus. Ia adalah penyakit kronik degenaratif yang berpunca daripada kerosakan dan degenaratif sel secara berkumpulan dalam badan manusia.

setakat ini tiada cara untuk menyembuhkannya....

Laporan tahunan World Health Organisation telah memberi amaran bahawa penyakit kanser, sakit jantung dan penyakit- penyakit kronik yang lain telah meragut lebih 24 juta orang setahun, dan ia akan terus membawa penderitaan dan menimbulkan ketidakupayaan kepada berjuta-juta manusia di bumi ini.

Namun penyakit degeneratif boleh dielakkan

Ramai diantara kita masih menganggap penyakit kronik penyakit yang malang, penyakit yang diakibatkan oleh umur kita yang meningkat dan tidak boleh dielakkan. Namun kita harus faham bahawa tua tidak bermakna "sakit".

Untuk mengelakkan penyakit degenaratif, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dan cara hidup yang sihat.

8 Penyakit Yang Mengancam Dunia Masakini

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa kanser, penyakit jantung dan penyakit kronik lain, telah membawa maut kepada lebih 24 juta orang setahun dan akan terus membawa kesengsaraan dan ketidakupayaan kepada manusia yang tidak terkira banyaknya di dunia ini. Penyakit berikut merupakan musuh kesihatan dunia moden.

  1. Penyakit jantung
  2. Kanser
  3. Stroke
  4. Kencing manis
  5. Osteoporosis
  6. Artritis
  7. Alzheimer
  8. Keobesan

Apakah anda juga mangsanya?

Bagaimana sel badan dirosakkan?

Radikal bebas merupakan molekul yang membawa banyak kerosakan. Memandangkan radikal bebas kekurangan satu elektron,lantas mereka akan mencuri elektron daripada molekul lain yang sihat. Jadi molekul yang sihat ini akan dirosakkan dan menjadi radikal bebas juga.Ini akan membawa kerosakan secara berterusan kepada pelbagai sel dalam badan manusia. Radikal bebas mungkin berpunca dari alam persekitaran kita. Ia juga mungkin dihasilkan semasa badan kita membakar makanan untuk menghasilkan tenaga. Kita tidak dapat mengelakkannya,tetapi kita boleh meneutralkan tindakannya.

Bagaimana Diet Yang Sihat Dapat Membantu?

Makanan - istimewanya buah dan sayuran dapat membekalkan pelbagai jenis bahan anti-pengoksidaan, yang dapat "menderma" elektron mereka yang berlebihan untuk meneutralkan radikal bebas. Dengan cara memakan pelbagai jenis makanan yang sihat, badan akan dibekalkan nutrien yang diperlukan untuk membaiki dan menghasilkan semula sel yang rosak. Dengan adanya nutrien yang sesuai, sel badan manusia akan hidup seumur hidup kita.

Tiada ulasan: