Hubungi Kami 019.4029490

06 Julai 2009

Pengalaman pesakit pertama

Assalamualaikum semua yang sudi membaca blog ini…

Tujuan saya adakan blog ini sekadar ingin berkongsi.. pengalaman saya… selama saya menyertai USANA HEALTH SCIENCES….

Pada Julai tahun 2008 saya diperkenalkan dengan produk USANA oleh seorang kawan pada mulanya saya menolak memandangkan berbagai produk kesihatan yang ada dipasaran dan saya rasakan ini adalah sama saja….. tapi bila kawan syorkan saya makan untuk 10 hari saya terima sekadar menjaga hati…

Supplement tu disimpan selama 5 hari dan tak diusik…. Tetapi masa tu saya ada masalah sinus yang teruk juga…..pun begitu masih tak terlintas untuk mencuba… Sampailah suatu hari kawan saya datang ke rumah (ada udang sebalik batu la tu saya kata) tapi tak pa, saya jemput dia masuk…. Dan dia tunjukkan saya beberapa fakta yang membuatkan saya rasa….

Tak rugi saya cuba ….selepas dia pulang saya terus mencuba… mak ai susahnya nak telan kata hati saya… yelahkan buat separuh hati…
Masuk hari ke 3, saya dapat rasakan perbezaan… hidung saya terasa sakit sangat….dan keesokan harinya.. lendir yang pekat dan berwarna hijau keluar dari hidung saya… Selepas tu terasa lapang sangat…..sewaktu bernafas…dan hari kelima pula keluar pula ketulan nanah berwarna coklat sebesar biji lada…Ya Allah apa semua ni dari mana dia datang? Detik hati saya…
Terus saya call kawan saya dan ceritakan pengalaman saya selama 5 hari tu… dia kata tahniah sebab Usana dah keluarkan kotoran yang tersimpan dalam rongga hidung awak. Saya dapat rasakan perbezaan yang saya tak pernah rasakan ketika makan produk lain…

Hari seterusnya berkongsi la pula cerita dengan member yang turut ada sinus…malah dia memang kritikal sebab sebulan lagi nak kena buat operation sinus tu… Dia hanya mencuba sehari saja dalam pukul 6 petang, pada pukul 3 pagi dia terpaksa bangun kerana terasa sesak nafas, terasa ada sesuatu block dalam hidung.. sungguh tak disangka… lendir yang pekat dan banyak meleleh keluar dari hidung… Turut dikuti dengan ketulan nanah…
Seminggu selepas amalkan USANA dia dah boleh hidu kari yang dia masak.. sedangkan sebelum ni dia dah tak ada deria bau….

Inilah permulaan saya bersama USANA. Sehingga hari ini berbagai pesakit yang saya temui…. Setelah mencuba USANA dan dengan izin Yang Maha Esa kini mereka semakin pulih…

Sekadar pesanan janganlah tunggu sehingga terlantar baru kita nak mencari ubat apa salahnya jika jadikan satu amalan mengambil supplement.. kerana zat dari makanan seharian kita tak pernah pun mencukupi…..apa erti wang bergudang kalau kesihatan kita abaikan, kerana kekayaan sebenar itu adalah kesihatan yang sempurna…..

Tiada ulasan: